May 31
Subsidies make Malaysians a ’spoilt’ lot – The Sun
by Kong See Hoh
Sumber: http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=47326
PETALING JAYA (May 30, 2010): MALAYSIANS have been spoiled by government subsidies and the government has missed the opportunity to take advantage of the edge it once held – the economic development potentials of the early days and its rich oil deposits — to turn Malaysia into an economic power, says a chartered accountant.
Koong Lin Loong, deputy chairman of the Associated Chinese Chamber of Commerce and Industry (ACCCIM) small and medium enterprises and human resource development committee, said Malaysia had achieved splendid economic growth by the 70s, but the government did not make good use of the edge to put all revenues into economic development activities.
Instead, it implemented various subsidies and spoiled the people.

Hina sangatkah rakyat Malaysia sampai terhegeh-hegeh sangat nakkan subsidi dari kerajaan?
Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »
May 20
Izinkan Che’ Tat bermain kata-kata untuk kali ini. Meskipun Che’ Tat selalu marah-marah, tapi Che’ Tat juga manusia biasa. Adakalanya Che’ Tat bersedih dan adakalanya Che’ Tat menangis. Hidup tak selalunya indah. Hidup juga tak selalunya jenaka. Hari ini kita ketawa, hari esok mungkin orang ketawakan kita. Begitulah selang-seli kehidupan yang saling sulam-menyulam di antara suka dan duka. Keghairahan pencarian dalam kehidupan selalunya akan menyebabkan kita tertanya-tanya, “Kenapa kita ditakdirkan menjadi manusia?” Lalu Che’ Tat mendapat suatu ilham untuk menulis sebuah puisi. Che’ Tat harap semua orang dapat hayati apa yang Che’ Tat cuba nak sampaikan. Sorry la kalau Che’ Tat jiwang sket. Puisi Che’ Tat bertajuk, “Kenapa Aku Tidak Menjadi Daun?” Dengarkan yerrr…

Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »
May 18
DAP yang pada asalnya hanyalah underdog di dalam pertembungan 3 penjuru di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu muncul juara keseluruhan dengan majoriti tipis sekadar 398 undi. Banyak pihak yang melihat kemenangan ini sebagai satu keajaiban kerana DAP telah awal-awal lagi menyatakan bahawa apa yang mereka mahukan di dalam pilihanraya ini hanyalah meningkatkan sokongan rakyat kepada mereka sebanyak 40%. Tetapi tanpa disangka-sangka, pencapaian mereka lebih daripada itu. Mereka berjaya merampas kerusi Parlimen Sibu yang sebelum ini tergenggam kukuh di tangan Barisan Nasional. Rakyat menerima berita ini dengan gembira. Mereka melahirkan kegembiraan mereka dengan pelbagai cara. Mari kita lihat, apa kata mereka.
Janji-janji BN di Sibu:

Kah kah kah! Apa??! Janji nak jadikan Kampung Bahagi Jaya, Teku sebagai Kampong Wifi pertama di Malaysia??! Kah kah kah!
Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »