(Panas) Liyana Jasmay Buka Kain Dalam Filem Niyang Rapik

Melodi 2 Comments »

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2010: Ini berita panas yang baru kami terima berkenaan Liyana Jasmay. Liyana Jasmay ada berlakon dalam satu lagi cerita seram. Tajuk cerita seram tu ialah Niyang Rapik. Filem ini bakal ditayangkan pada 25 Februari 2010 jika tidak ada aral melintang. Niyang Rapik adalah satu lagi filem buat duit arahan Ahmad Idham. Selain daripada Liyana Jasmay, filem Niyang Rapik turut dibintangi oleh Nasir Bilal Khan sebagai Tok Itam (Pelakon Utama), Fizz Fairuz sebagai Zack (Pelakon Utama), Zed Zaidi sebagai Saiful (Pelakon Utama), Awal Ashaari sebagai Amir (Pelakon Utama), Shaheizy Sam sebagai Zizan (Pelakon Utama),  dan Shahronizam Noor sebagai Pak Salleh (Pelakon Pembantu).

Liyana Jasmay adalah seorang pelakon yang telah lahir pada 28 Mac 1988 dan berasal dari Kuantan, Pahang. Liyana Jasmay adalah penuntut dalam bidang Performing Arts & Media di Sunway University College. Liyana Jasmay begitu meminati muzik R & B dan band kegemarannya adalah Maroon 5. Mungkin Liyana Jasmay tak tau yang Maroon 5 tak nyanyi lagu R & B. Kah kah kah! Itu tidak penting. Yang penting, dengar ceritanya Liyana Jasmay sanggup buka kain untuk filem ini. Teruskan membaca untuk melihat gambar Liyana Jasmay buka kain yang sebenar. Jangan underestimate Liyana Jasmay. Kita tidak tahu apakah barang-barang yang tersembunyi disebalik kecomelan beliau. Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »

Related Posts with Thumbnails

(Gempar) Dewan Undangan Negeri Perak Bakal Bubar

Utusan Meroyan 4 Comments »

PERINGATAN: Cerita di bawah ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup atau yang telah “kegelapan” kerana terbakar. Sini tak ada cerita betul. Kalau nak cari cerita betul, pegi tengok Buletin Putarmaa.

Zambry: Saya bukan takut
Feb 1, 10 2:55pm

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak.

Beliau berkata Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.

-MalaysiaKuno-

Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »

Related Posts with Thumbnails

(Gambar) Perhimpunan Rakyat Kelantan Menuntut Royalti Minyak

Utusan Meroyan 20 Comments »

Di dalam post ini, anda akan dihidangkan dengan gambar-gambar yang confirm-confirm tidak akan disiarkan di mana-mana akhbar arus perdana seperti Berita Hairan, Utusan Meroyan, Buletin Putarmaa, dan Hairan Metro. Mereka tak ada telor. Sekiranya anda menghidapi sejenis penyakit psikiatri bernama panic attack with agoraphobia (sila google untuk maksud lebih jelas), anda di nasihatkan untuk tidak melihat gambar-gambar di bawah ini. Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar perhimpunan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV.

Malaysiakuno

Rais: Stadium bukan tempat selesai isu royalti
Jan 29, 10 4:42pm

Isu tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan negeri Kelantan perlu diselesaikan melalui saluran undang-undang di mahkamah dan bukannya melalui ceramah di stadium.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan dengan mengupah orang untuk hadir ke ceramah di stadium.

Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »

Related Posts with Thumbnails
Page 1 of 111234510...Last »