Maaf, tiada lawak jenaka satira dalam tulisan ini.
Hati bergejolak tatkala meniti kisah pembunuhan halal yang menembus tubuh kecil remaja bernama Aminulrayid Amzah. Yang menembusnya adalah sebutir peluru yang keluar dari muncung pistol penjaga keselamatan negara. Lantaran hati bergejolak tadi tertanya-tanya. “Lantaran apa bezanya di antara ke dua susuk itu?” Satu sang penjenayah dan satu lagi sang penjaga keselamatan negara. Kedua-duanya mempertuankan senjata. Satu pembunuh, dan yang satu lagi juga pembunuh. Maka apa bezanya? Di mana harus kita sandarkan kepercayaan jika pihak yang seharusnya menjaga dan memelihara keselamatan itulah yang akhirnya membunuh kita? Awaslah… Kini di negara ini, sesiapa sahaja boleh terbunuh. Tidak kira masa, tidak kira tempat. Peluru sesat berlegar di mana-mana. Dan apabila peluru sesat ini menembus dada, persoalannya adalah peluru siapa.
Adakah wajah ini lebih berbahaya daripada pembunuh Altantuya?
Kalau rakyat menjerit, “Jangan makan rasuah!”, polis datang tangkap kerana menggangu ketenteraman awam. Kalau rakyat menjerit, “Keadilan untuk Beng Hock!”, polis akan datang tangkap kerana mengganggu prosiding mahkamah. Kalau rakyat jerit, “Altantuya!”, polis datang tangkap kerana menyebut nama x-gelpren perdana menteri. Kalau rakyat jerit, “UMNO pengkhianat!”, polis akan datang tangkap kerana melawan kerajaan. Tapi kalau UMNO beraksi lucah, polis buat dunnooo jerk macam tak ada apa-apa jadi. Langsung tak tangkap pun. Polis buat tak tau, polis biarkaaaan jerk. Tak pasal-pasal, budak 15 tahun yang tak tahu apa dosa kena tembak mati. Kah kah kah! Memang adil dan saksama betullah polis Malaysia nih!
PKR tumbang menghempap warung Pak Man. Kesian Pak Man. Kah kah kah!
Woit! Apa barang sedih-sedih. Tak rock laaa! BN sudah menang, biarkan saja. Kita raikan kejayaan mereka dengan gelak ketawa. Lagipun, macam tak biasa jer kalah. Kah kah kah! BN menang itu perkara biasa. Tapi kalau PR menang, itu luar biasa. Jadi kalau kalah, itu tarra pa pa. Tiada yang ajaib. Tak ada yang magik. Kalau sembang pun, boooring laaa. Kah kah kah! Woit! Orang FELDA sumer sedang shopping beg besar. Nak isi RM 49,000. Sudah 16 tahun orang FELDA tak dapat duit tu. Kalau tak ade pilihanraya kecil, memang sampai mamposlaa duit tanah tu tak dapat. Itupun orang FELDA masih percaya pada BN. Itupun orang FELDA tak sedar-sedar lagi. Masih jugak undi BN. Kah kah kah! Peliklaa orang FELDA nih.