Feb 13
Ini ada satu pengumuman penting.
Siaran langsung lawak jenaka daripada TV3 Suku telah tergendala buat beberapa ketika kerana datangnya satu penyakit yang di gelar penyakit ketuat. Penyakit ketuat ini sangat-sangatlah berbahaya. Jika dibiarkan berlarutan, penyakit ketuat ini boleh merebak menjadi barah yang maha berbahaya. Penyakit ketuat ini berpunca daripada sifat tuan punya badan yang tidak gemar menjaga kebersihan. Apabila kebersihan tidak dijaga, maka virus-virus akan hinggap ke badan manusia. Kalau hinggap di kaki, jadilah ketuat kaki. Kalau hinggap di tangan, jadilah ketuat tangan. Kalau ketuat di “anu”. Di panggil khusus sebagai ketuat Saifool.
Adapun perkataan ketuat diambil sempena perkataan omputih iaitu “wart”. Apabila di Melayukan, jadilah ia ketu-”wart”. Nama lain ketuat adalah kutil. Apabila ketuat terjadi, tempat yang dijangkiti akan menjadi keras seperti puting payudara. Beza antara ketuat dengan puting payudara hanya orang-orang yang berkahwin sahaja yang tau. Penyakit ketuat boleh merebak sekiranya tidak diawasi. Lebih berbahaya kerana ia merebak melalui sentuhan. Bayangkan jika penebar roti canai di tempat ada ada ketuat di ibu jari. Pergghh! Roti canai pasti menjadi terlebih lazat.
Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »
Jan 13
KOSMO, KUALA LUMPUR, November 2009: Seorang lelaki beristeri 2 yang begitu takut kepada isteri pertamanya telah tiada pilihan lain selain daripada melakukan seks dengan isteri keduanya di bilik X-ray di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Oleh kerana jarang-jarang dapat bersama dengan isteri keduanya itu, lelaki tersebut yang juga seorang mat dispatch telah berlapang dada untuk merakamkan aksi seks mereka di bilik x-ray di situ. Tujuannya adalah supaya rakaman video seks di bilik x-ray itu boleh dibuat modal sebelum tidur dengan isteri pertama.
Ketika rakaman itu diambil, wanita berkenaan bertudung pink dan ayu berbaju kurung ungu manakala sang lelaki pula, yang badannya agak sedikit gempal, memakai baju berwarna merah jambu berseluar hitam. “Metroseksual gitu you.” komen Sharifah Sofea, seorang mak nyah di Lorong Haji Taib yang nama sebenarnya adalah Ahmad Suparman Parijo. Menurut laporan yang diterima oleh TV3Suku.com, wanita di dalam video seks di bilik x-ray itu adalah seorang juru x-ray di hospital itu dan beliau turut dibayar overtime (O.T) 2 kali ganda ketika sedang melakukan aksi seks tersebut. Memang bertuah. Keadaan ini juga dipanggil sebagai, “Beromen pun boleh buat duit”. Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »