May 07
Kereta Ketua Polis Selangor dicuri – Malaysiakini
Mei 6, 10 6:10pm
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/131136
Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta di Seksyen 9, Shah Alam, hari ini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.15 pagi, ketika pemandunya yang membawa kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu sedang bersarapan di sebuah restoran.
Dia kemudiannya membuat laporan polis di ibu pejabat polis di Shah Alam.
Khalid pula tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.

Kah kah kah! Lain kali jaga kereta macam nih baru tak hilang! Kah kah kah!
Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »
May 06
Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia – Malaysiakini
Mei 6, 10 5:56pm
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/131132
Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Abang Awang jangan nakal-nakal raba-raba tangan Shahrizat. Kah kah kah!
Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »
May 05
Ini berita terbaru yang paling panas. Tengku Fakhry telah ditangkap di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, malam semalamĀ oleh makhluk-makhluk bertopeng yang dipercayai adalah pasukan polis (Apa??? POLIS??? Polis nih bukan orang UMNO kaa? Kah kah kah!) dari Unit Tindakan Khas (UTK). Tengku Muhammad Fakhry Petra yang juga Tengku Temenggong Kelantan telah ditahan bersama-sama dengan 2 orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan. Masa kena tangkap tuh, katanya Kejadian penangkapan ini berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika Tengku Fakhry hanya baru keluar dalam 50 meter dari istana. Tapi Che’ Tat tak kira betul-betul laa. Mungkin jarak sebenar cuma 49.9 meter jerr. Kah kah kah!

Gambar Tengku Fahkry bersama bekas isterinya (Manohara) yang telah melarikan diri balik ke Indonesia. Mungkin sekarang Manohara dah kurus sebab lari banyak sangat.
Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »