May 20
Izinkan Che’ Tat bermain kata-kata untuk kali ini. Meskipun Che’ Tat selalu marah-marah, tapi Che’ Tat juga manusia biasa. Adakalanya Che’ Tat bersedih dan adakalanya Che’ Tat menangis. Hidup tak selalunya indah. Hidup juga tak selalunya jenaka. Hari ini kita ketawa, hari esok mungkin orang ketawakan kita. Begitulah selang-seli kehidupan yang saling sulam-menyulam di antara suka dan duka. Keghairahan pencarian dalam kehidupan selalunya akan menyebabkan kita tertanya-tanya, “Kenapa kita ditakdirkan menjadi manusia?” Lalu Che’ Tat mendapat suatu ilham untuk menulis sebuah puisi. Che’ Tat harap semua orang dapat hayati apa yang Che’ Tat cuba nak sampaikan. Sorry la kalau Che’ Tat jiwang sket. Puisi Che’ Tat bertajuk, “Kenapa Aku Tidak Menjadi Daun?” Dengarkan yerrr…

Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »
Feb 17
Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup atau yang telah kena liwat.
Aduh! Sedih… Gundah… Gulana… Entah ke mana hati hendak di bawa. Entah ke mana muka mahu di letak. Entah ke mana tubuh hendak melayang. Hajat di hati ingin menjadi permaisuri raja. Baru sahaja berangan-angan, sudah ada cerita potong stim. Aduh! Fazura. Apalah malang nasibmu. Kasut Cinderella yang kau pakai pada malam itu rupa-rupanya cuma sport shoes, bukan kasut kaca. Kalau kasut kaca, mesti putera Sultan dah cari kau balik. Tapi sebab sport shoes, engkau melepas. Sport shoes banyak jual dekat kedai. Jenama apa kau mahu, kau sebut jer. Reebok? Nike? Adidas? Puma? Umbro? Hello Kitty? Semua ada jual di kedai kasut berdekatan siap dengan diskaun.
Itulah kau, Fazura. Mak dah bilang, mulut tuh jaga sikit. Jangan main nganga, nanti lalat masuk. Sekarang kan dah masuk. Habis penuh kuman. Masa itu hari majalah “Hai” datang interview, kenapa lah ko ringan sangat mulut nak cakap ko ada hubungan dengan kerabat di Raja Johor. Kenapa lah ko cakap ko dah bincang soal kahwin aper sumer dengan dia. Haa… Tengok sekarang apa dah jadi. Aduh! Mana mak nak sorok wajah baby face mak nih, Fazura. Tup-tup kerabat di Raja Johor kata apa? Ayuh teruskan bacaaan.
Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »
Feb 15
Ini berita yang baru kami terima. Zarina Ann Julie yang pernah kecoh dengan kontroversi gambar bogelnya kini ditemui lemas di sebuah swimming pool berdekatan dengan Taman Tun. Meskipun pada mulanya kami tidak percaya tentang berita ini, tetapi setelah kami melihat bukti bergambar, memang sah bahawa makhluk tersebut adalah Zarina Ann Julie. Meskipun gambar di swimming pool ini bukanlah gambar bogel Zarina seperti gambar terdahulu, tetapi ianya cukup jelas untuk dinafikan.
Insiden ini dipercayai ada kaitan dengan kes kantoi ujian air kencing di LCCT minggu lepas. Seperti yang telah diketahui 1 Malaysia, Zarina Ann Julie telah terkantoi ujian air kenjing di mana air kencingnya didapati mengandungi dadah. Buktinya telah diconfirmkan. Apabila air kencing Zarina Ann Julie di beri kepada Jatt (bukan nama sebenar) iaitu seorang penagih dadah tegar, Jatt telah cuba test power air kencing tersebut. Komen Jatt, “Power beb, high dia macam high layan Coke (cocaine)”. Dengan penemuan ini, penagih-penagih dadah tegar amat gembira sekali. Selepas ini meraka tidak perlu lagi membeli dadah. Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah kitar semula dadah dengan menadah air kencing mereka. Kah kah kah!
Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »