Jan 25
Harap mahap. Ini bukan blog Aduka Taruna. Ini juga bukan blog hina sultan.
JOHOR, 23 Januari 2010: Semua orang tahu hari itu hari Sabtu. Semua orang tahu hari Jumaat Sultan Johor mangkat. Semua orang tahu pada hari Sabtu surat kabar 1 Malaysia akan keluar pasal Sultan Johor mangkat. Tapi bila cari surat kabar, orang semua tak jumpa. Cari dalam terang pon tak jumpa. Dalam gelap lagi susah mau jumpa. Bukan sebab apa, tapi itu hari, surat kabar sudah tak ada warna. Sebabnya adalah untuk menghormati kemangkatan sultan. Surat kabar tak mau jadi macam blog Aduka Taruna yang hina sultan.
Selalunya Utusan Malaysia warna biru. Berita Harian warna merah. Tapi hari Sabtu hari tu, selepas Sultan Johor mangkat, surat kabar sudah jadi warna hitam kelabu. Ini warna berkabung. Rakyat perlu berkabung bagi menghormati Sultan. Kita kena hormat sama Sultan kita sebab dia ketua negeri. Kita lagi kena hormat sama dia sebab dia orang tua. Tapi ada ini satu surat kabar, dia tak da tau hormat punya. Depan dia bubuh hitam kelabu, tapi dalam… Dia letak gambar blue ooo! Tak kena tangkap pon… Kah kah kah! Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »
Jan 24

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2010: Kalau tuan digigit nyamuk, tuan akan rasa gatal. Kalau puan dipatuk ular, puan akan rasa sakit. Kalau adik digigit semut, rasanya seperti bersunat. Kalau abang nampak rimau, maknanya abang ada kat zoo. Kalau akak pergi ke kuala, singgah sebentar di Tanah Rata. Kalau nelayan mudik ke hulu, bawakan Cik Nab bunga kemboja. Kalau UMNO makan rasuah, itu perkara biasa. Tapi kalau Marsha Milan Londoh kene gigitan cinta? Mestilah merrraah jawabnya! Kah kah kah! Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »
Jan 23
Ini cerita betul. Harap maklum
JOHOR BAHRU, 22 Januari 2010: Sultan Negeri Johor, Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi telah disahkan mangkat pada kira-kira pukul 7.08 malam tadi. Beliau yang dilaporkan gering sejak pagi tadi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi pada ketika usianya 77 tahun. Hal ini telahpun disahkan oleh Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim. Lantaran dengan itu, anakandanya Tuanku Ibrahim telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor setelah mendapat perkenan daripada Jemaah Sultan Johor.
Meskipun Sultan Johor terkenal dengan pelbagai kontroversi, terutamanya kontroversi Sultan Johor menampar orang, namun begitu, rakyat negeri Johor amatlah berdukacita dengan berita ini. Semoga roh baginda akan sentiasa dicucuri rahmat. Dengan itu, rakyat Johor pun mula berkabung. Al-Fatihah… Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »