Belasungkawa untuk adik Aminulrasyid Amzah.
Maaf, tiada lawak jenaka satira dalam tulisan ini.
Hati bergejolak tatkala meniti kisah pembunuhan halal yang menembus tubuh kecil remaja bernama Aminulrayid Amzah. Yang menembusnya adalah sebutir peluru yang keluar dari muncung pistol penjaga keselamatan negara. Lantaran hati bergejolak tadi tertanya-tanya. “Lantaran apa bezanya di antara ke dua susuk itu?” Satu sang penjenayah dan satu lagi sang penjaga keselamatan negara. Kedua-duanya mempertuankan senjata. Satu pembunuh, dan yang satu lagi juga pembunuh. Maka apa bezanya? Di mana harus kita sandarkan kepercayaan jika pihak yang seharusnya menjaga dan memelihara keselamatan itulah yang akhirnya membunuh kita? Awaslah… Kini di negara ini, sesiapa sahaja boleh terbunuh. Tidak kira masa, tidak kira tempat. Peluru sesat berlegar di mana-mana. Dan apabila peluru sesat ini menembus dada, persoalannya adalah peluru siapa.

Adakah wajah ini lebih berbahaya daripada pembunuh Altantuya?
Ketika kesalahan yang dilakukan oleh adik Aminulrasyid Amzah ini masih belum dapat ditentukan, masa depannya telah tertutup rapat. Aminulrasyid Amzah telah dihukum di atas kesalahan yang dia sendiri belum sempat untuk mengerti. Hukumannya bukan penjara. Hukumannya juga bukan sebat. Tetapi dia telah dibunuh! Apa salahnya? Membunuhkah dia? Merompakkah dia? Merogolkah dia? Mencurikah dia? … Dan segala persoalan adalah sia-sia, kerana dia telah pun dihukum. Hukumannya adalah bunuh. Pembunuhan yang berlaku tanpa hakim dan keterangan saksi. Adil? Anda nilaikan sendiri.
Penemuan parang dalam kereta? Huh! Jikalau pada ketika ini usiaku hanya 10 tahun, pasti aku akan terus percaya. Tapi kini aku telah dewasa. Aku punya teman dan aku punya saudara. Malah aku juga punya teman dan saudara yang berkhidmat sebagai anggota polis. Telah banyak yang aku dengar dan yang pasti bukan sekali. Cerita polis membawa dadah sendiri untuk dijadikan bukti dalam serbuan sindiket pengedaran dadah bukanlah perkara asing. Kalau dadah tak jumpa, bekalan sendiri sudah ada untuk dijadikan bukti. Semua orang berkata tentangnya. Semua orang tahu. Maka apa sangatlah parang dalam kereta? Parang siapa? Parang polis atau parang Aminulrasyid? Kalaupun sungguh, cukupkah parang itu dapat dijadikan bukti bahawa Aminulrasyid ini pembunuh dan wajid dihukum bunuh?
Sedih hati melihat seorang ibu menangis. Anaknya mati dibunuh polis. Apa dosa dan salah anaknya? Ianya masih menjadi teka-teki. Dalam pada itu, sungguh menjijikkan sekali khabar berita yang keluar di Berita Harian dan Utusan Malaysia. Awal-awal lagi kedua-dua akhbar ini cuba untuk memberi gambaran bahawa Aminulrasyid adalah penjenayah terulung yang amat berbahaya kepada negara. Apa ertinya semua ini? Negara apakah ini? Keadilan apakah ini? Cukuplah. Cukuplah setakat ini negara ini diporak-perandakan. Ayuhlah kita bangun! Ayuhlah kita tentang kezaliman ini! Kita kuburkan kebobrokan ini! Kita tanamkan kejahilan ini hidup-hidup!
Ayuh bangkit!
Kah kah kah!
Yang Benar,


May 1st, 2010 at 4:00 pm
sesapa yg percaya berita hairan dan meloya amatlah bangang. aku bengang betul dgn staff nak pencen. pecaya bulat2 berita palsu ckp. hampagas!!
(sory..aku xdpt nak berlawak dlm hal mcm ni. bengang tahap cipan kat polisi2 malizie la nih!!)
[Reply]
Che' Tat Reply:
May 2nd, 2010 at 1:05 pm
Bangang tahap cipan??? Hang tau tak kalau dalam keluarga cipan diorang akan cakap macam mana? Diorang akan cakap…
“Bangang tahap polis.”
Kah kah kah!
[Reply]
May 1st, 2010 at 9:59 pm
akhbar gomen biasaler suka mengajikan mereka2 yang mentalnya jelek. Yang penting ongkosnya wak, koran laku maka gajinya lumayan. Bodos dan goblok, terkutuk wartawan bersifat seperti ini.
[Reply]
Che' Tat Reply:
May 2nd, 2010 at 1:13 pm
Tak boleh gak nak salahkan wartawan. Terkadang diorang tau benda alah yang diorang nak laporkan tuh fitnah. Tapi diorang tak boleh buat apa-apa sebab arahan orang atasan. Memikirkan keadaan negara Malaysia sekarang yang susah nak dapat kerja, barang mahal, cukai itu, cukai ini, gua rasa kita kena tolak ansur dengan diorang. Kebimbangan diorang tentang kalau-kalau kena buang kerja secara tiba-tiba akibat terlalu “vocal” akan menyusahkan hidup diorang. Saper nak bagi makan anak bini beb?
Itu yang kekadang kesian gak dekat wartawan nih. Mustahil diorang tak sedar-sedar lepas tengok banyak kebusukan UMNO. Tapi nak buat macam mana beb? Diorang bukan nak jaga perut diorang sorang jer. Anak bini nak kena bagi makan jugak. Masalah utama dia gua rasa bukan wartawan. Kalaupun ada pengaruh, tapi gua rasa masalah yang lebih besar adalah kuasa politik di belakang akhbar tuh. Itu yang menyebabkan akhbar tak boleh jadi bebas.
[Reply]
Kambing Kacak Reply:
May 5th, 2010 at 9:20 am
kalau itu macam punya kes bro…itu ketua pengarang laaa yg bodoh mcm lembu nye…
[Reply]
Che' Tat Reply:
May 6th, 2010 at 4:39 pm
Terbalik… LEmbu tuh yang bodoh macam ketua pengarang. Kah kah kah!
June 8th, 2010 at 2:02 am
kah..kah..kah,polis m’sia mcm askar ISRAEL!
[Reply]