Suki OIAM Bercinta Dengan Jejaka Misteri

Melodi No Comments »

Suki Bercinta Dengan Jejaka Misteri – Gagak

KOLUMPO,  8 JANUARI 2010: Walaupun Suki atau nama tak glemernya, Low Sook Yee, 20 tahun, berjaya memenangi pertandingan One in a Million (OIAM) siri ke-3 pada tahun 2006 dengan menewaskan Faizal Tahir dan Alif – Please Jangan Nakal, nasib anak dara sunti keturunan Tiong Hua ini seakan hidup segan mati tak mau. Diluah mati mak, ditelan takut tersedak. Uhuk uhuk. Haaa.. Kan dah tersedak. Baru jer cakap jangan telan. Degil orang tua pesan!

Jualan album pertamanya yang bertajuk Akhirnya, sememangnya berakhir dengan tragedi. Ketika TV3Suku.com membuat tinjauan di beberapa kedai menjual kaset di bandar Kolumpo, para penjual kedai kaset bertindak balas dengan memberi mimik muka yang pelik sambil berkata, “Itu macam punya album pun ada ka?”. Bagaimanapun, reaksi yang diterima daripada pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula amat berbeza. “Itu album manyak (banyak) baguih ooo. Timbang manyak(banyak) belat (berat). Manyak (banyak) untun (untung) oooo. Saya mesti pilih!” kata seorang pekerja DBKL yang sebenarnya meminati bapak Suki OIAM dan bukannya Suki. Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »

Related Posts with Thumbnails

Nik Aziz Rasuah, Exco Rasuah

Utusan Meroyan No Comments »

SPRM terima aduan rasuah Nik Aziz, exco - MalaysiaKuno

Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai “hantu raya” telah mereport kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM di Putrajaya hari ini berhubung kesalahan rasuah oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz beserta exco kerajaan negeri Kelantan dan beberapa individu lain.  Hantu raya tersebut atau nama sebenarnya Zaidi Yaacob, 47 tahun, telah mengaku sebagai seorang rakyat Kelantan.

Dia melaporkan bahawa 2 hari lepas, beliau telah menerima sepucuk surat dari langit. Apabila ditanya dengan lebih lanjut, beliau berkata bahawa kemungkinan besar surat tersebut datangnya daripada Ayah Pin yang sekarang sedang melancong ke langit. Sebelum ini Ayah Pin telah naik ke langit bersama-sama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tetapi kemudian beliau enggan pulang ke bumi kerana telah lupa daratan. Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »

Related Posts with Thumbnails

BeautifulNara – Gosip Artis Malaysia Terkini dan Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi

Melodi No Comments »

Feed oleh BeautifulNara:

tv3sukuproject

Subscribe to RSS headline updates from:
Powered by FeedBurner

tv3sukuproject

Related Posts with Thumbnails