Apr 21
Budu sememangnya terkenal dan begitu sinonim dengan negeri Kelantan dan juga Terengganu. Ramuan utama budu adalah ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Ianya digunakan sebagai bahan perasa yang menggiurkan para penggemarnya. Pada yang memang kaki budu, jangankan bau budu, sebut perkataan budu pon air liur dah menjejes kekecuran. Mungkin kerana menjangkakan bahawa budu mempunyai potensi dan boleh pergi dengan lebih jauh lagi, awal-awal lagi bapa kemerdekaan Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah bersetuju menjadi watak utama di dalam program 1 Malaysia 1 Budu yang dilancarkan pada tahun 1966. Zaman nih, gambar pon belum ada kaler lagi. Memang jauh betul pandangan Tunku.

Meskipun nampak macam Hasan Ali, tapi ini sebenarnya adalah gambar Tunku Abdul Rahman sedang memberi ucapan di majlis pembukaan Kilang Budu Tuminah. Kilang Budu Tuminah adalah kilang budu pertama seumpamanya yang didirikan di Selangor dan bukan di tempat asalnya iaitu Kelantan.
Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »
Jan 26
Cerita di bawah adalah rekaan semata-mata dan hanya sekadar hiburan. Ia tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati. Sebarang persamaan adalah kebetulan.
Amaran daripada pihak berkuasa!
Di bawah ini mungkin akan ada gambar yang boleh membuatkan anda muntah-muntah dengan teruk sekali. Sentiasa sediakan bag plastik hitam sebelum membaca:

Sila muntah di sini jika perlu.
Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »
Jan 10
TANJUNG DAWAI, 10 JANUARI 2010: Pada zaman dahulu, ada terdapat sebuah negara. Negara tersebut bernama Melayau. Negara Melayau amatlah aman damai. Penduduknya berbilang kaum dan agama. Ada bangsa Cukong, bangsa Eeee, dan bangsa Entot-entot. Malah, oleh kerana kemasyhurannya, ada juga bangsa lain yang datang mencari rezeki di negara Melayau. Mereka ialah bangsa Indo Mee, bangsa Mnyamun, dan bangsa Bonggol. Namun begitu, bangsa utama negara Melayau ini masih lagi kaum Melayau – bangsa yang memang suka kecoh tak tentu pasal.
Negara Melayau mempunyai seorang raja. Sudah berkahwin, tapi sentiasa gatal nak kahwin lagi. Namanya Bung Mokhtar Radin. Datangnya dari Tanah Jawa. Huh! Pelik kan. Nama negara Melayau, tapi rajanya datang dari Tanah Jawa. Sasau betul orang Melayau nih. Negara sendiri pun tak tau jaga. Kena bagi orang Jawa jugak yang jaga. Memang dasar Melayau! Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »