(Terkini) Amirulrasyid Terkulai Di Peha Saya – Saksi

Buletin Putarma 33 Comments »

Bayangkan pada satu malam, ketika lu dengan member baik lu yang paling rapat sekali sedang dalam perjalanan pulang dari menonton perlawanan bola sepak. Ketika asyik sedang berbual-bual tentang match yang sengit tadi, diselang-seli ketawa kelucuan, tanpa disedari kawan lu yang tengah bawak kereta tadi terlanggar bontot sebuah kereta Mercedes. Memang tak sengaja. Nak jadikan cerita, kawan lu tuh plak tak ada lesen. Perasaan takut menyelubung. Dalam ketakutan tuh, kawan lu memecut laju. Lu pun sama-sama rasa takut. Kawan lu tadi lebih gabra. Habislah nanti… Balik rumah nak cerita apa kat kakak pasal kereta dia nih. Kawan lu terus memecut dan tanpa disedari terpotong sebuah MPV polis. Bila polis tengok ada kereta laju potong dia, polis pun kejar. Kejar dan terus mengejar. Adegan berlaku dengan pantas. Perkara yang terakhir sekali lu tau, kawan baik lu yang sama-sama gelak ketawa dengan lu, yang sama-sama tengok bola sekali dengan lu, terkulai layu di peha. Kepalanya berdarah. Nyawanya melayang. Di dalam kepalanya ada sebutir peluru. Apa perasaan lu?

Adik Azamuddin Omar (duduk di tengah), berusia 15 tahun, saksi utama pembunuhan adik Aminulrasyid Amzah.

Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »

Related Posts with Thumbnails

(Gempar) Aminulrasyid Amzah Mati ditembak Polis

Utusan Meroyan 7 Comments »

Belasungkawa untuk adik Aminulrasyid Amzah.

Maaf, tiada lawak jenaka satira dalam tulisan ini.

Hati bergejolak tatkala meniti kisah pembunuhan halal yang menembus tubuh kecil remaja bernama Aminulrayid Amzah. Yang menembusnya adalah sebutir peluru yang keluar dari muncung pistol penjaga keselamatan negara. Lantaran hati bergejolak tadi tertanya-tanya. “Lantaran apa bezanya di antara ke dua susuk itu?” Satu sang penjenayah dan satu lagi sang penjaga keselamatan negara. Kedua-duanya mempertuankan senjata. Satu pembunuh, dan yang satu lagi juga pembunuh. Maka apa bezanya? Di mana harus kita sandarkan kepercayaan jika pihak yang seharusnya menjaga dan memelihara keselamatan itulah yang akhirnya membunuh kita? Awaslah… Kini di negara ini, sesiapa sahaja boleh terbunuh. Tidak kira masa, tidak kira tempat. Peluru sesat berlegar di mana-mana. Dan apabila peluru sesat ini menembus dada, persoalannya adalah peluru siapa.

Adakah wajah ini lebih berbahaya daripada pembunuh Altantuya?

Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »

Related Posts with Thumbnails

(Gambar) Marsha AF Tayang Love Bite di Payudara

Melodi 15 Comments »

tetekmarsha

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2010: Kalau tuan digigit nyamuk, tuan akan rasa gatal. Kalau puan dipatuk ular, puan akan rasa sakit. Kalau adik digigit semut, rasanya seperti bersunat. Kalau abang nampak rimau, maknanya abang ada kat zoo. Kalau akak pergi ke kuala, singgah sebentar di Tanah Rata. Kalau nelayan mudik ke hulu, bawakan Cik Nab bunga kemboja. Kalau UMNO makan rasuah, itu perkara biasa. Tapi kalau Marsha Milan Londoh kene gigitan cinta? Mestilah merrraah jawabnya! Kah kah kah! Baca lagi untuk ketawa berguling-guling »

Related Posts with Thumbnails